Google Adwords : Cara Maximum CPC & Quality Score
DiTentukan
4 hari lepas , saya ada tonton 1 video berkenaan “Understanding Google Adwords”. Video tu memang bagus sebab penerangan yang ringkas dan padat. Dalam video tersebut, Hal Varian ( Google Chief Economies ) menerangkan :
1. Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google
2. Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click )
3. Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya
4. 3 bahagian utama Quality Score
5. Bagaimana Quality Score memberi kesan kepada posisi iklan pengiklan
6. Menentukan kos CPC ( Cost Per Click )
7. Contoh pengiraan CPC
sesiapa yang mempunyai sambungan internet stabil, saya sarankan anda menonton video tersebut di sini. Sebaliknya, anda boleh membaca penerangan saya dibawah sebagai bantuan untuk memahami apa yang ingin Hal Varian sampaikan dibawah ( dia cakap omputih, saya terangkan skit2 le kat bawah supaya anda boleh faham ).
LIHAT VIDEO DI BAWAH
http://www.youtube.com/watch?v=K7l0a2PVhPQ
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Fokus utama Google ialah kepuasan pelanggan. Untuk memuaskan pelanggan, Google akan menyediakan servis carian terbaik, iklan yang relevan dan tepat dengan apa yang ingin dicari pengguna. Pengiklan pula ingin memaksimumkan keuntungan dengan memaparkan iklan yang fokus ( yang dicari pengguna sasaran ) dan bukan semborono. Kalau tak, kos iklan pengiklan tentu akan meningkat. Justeru, faedah bersama akan dinikmati pihak pengguna ( carian yang tepat dengan apa yg dikehendaki ) , pihak pengiklan ( menjimatkan kos dan mendapat sasaran pelanggan yang tepat dengan menyediakan iklan yang relevan ) dan pihak Google ( pengguna dan pengiklan yang suka dengan servis baik Google ).
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Secara asasnya , sistem bidaan program PPC berasaskan bidaan harga yang paling tinggi akan mendapat tempat yang teratas. Lihat contoh melalui jadual di bawah :
- Maximum Bid = Bidaan maksima untuk kos per klik
- Price Paid = Harga yang perlu dibayar pengiklan untuk 1 klik
Dalam jadual di atas, Ali membida iklan dengan maksima bidaan ialah $4. Ali tidak perlu membayar $4 untuk setiap klik yang dijana kan ( kos iklan ) sebaliknya hanya membayar $3 sahaja. Konsep asasnya ialah bayar nilai maksimum bidaan pengiklan dibawah anda.
- Kos per klik Ali = Max bidaan Budin
- Kos per klik Budin = Max bidaan Che Ma
- Kos per klik Che ma = Max bidaan dollah
- Dollah ? … kena tengok semula nilai min bid yang dibenarkan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Quality score ni macam benchmark Google le. Lain-lain ppc program, lain benchmark nye. So, apa itu Quality yang dimaksudkannya ? Seperti yang Hal Varian terangkan, Google inginkan pengguna mendapat pengalaman yang baik dalam menggunakan servis Google. Sebagai contoh, pengguna membuat carian dengan katakunci “blog ppcpercuma”, sebaik mungkin pihak Google akan memaparkan segala data yang mereka ada berdasarkan katakunci “blog ppcpercuma”. Justeru, pengguna berpuashati dengan Google.
Kepada pengiklan pula, relevansi adalah penting. Mengiklan kepada sasaran pelanggan yang tepat dapat menjimatkan kos pengiklanan. Ini sudah tentu akan menggembirakan pihak pengiklan.
Itulah Quality yang pihak Google nak. 2 pihak gembira dengan servis Google dan Google boleh survive untuk jangka masa berterusan.
++++++++++++++++++++++++++
3 bahagian utama Quality Score
++++++++++++++++++++++++++
Hal varian memperincikan bahagian utama Quality Score dan cara untuk mencapai QS ( quality score ) yang baik. Semuanya berdasarkan kepada :
1. CTR ( Clickthrough Rate ) : Jumlah klik ÷ impression ( jumlah iklan anda dilihat pengguna ).
2. Relevance
3. Landing Page
( susunan di atas berdasarkan prioriti )
CTR = Hal varian menerangkan CTR ialah response customer terhadap iklan anda. Di bawah ,saya sendiri bahagikan kepada 2 situasi mudah untuk menggambarkan situasi CTR yang diperlukan pengiklan :
- CTR tinggi : jumlah klik iklan banyak, impression iklan sikit. Contoh, jumlah klik ialah 1000. Jumlah impression pula ialah 3000. % CTR =( 1000/3000 ) %= 0.33 x 100 = 33.33%
- CTR rendah : jumlah klik sedikit, impression banyak. Contoh , jumlah klik ialah 500. Jumlah impression pula ialah 6000 . % CTR =( 500/6000 ) %= 0.083 x 100 = 8.3%
Relevance = ini pula merujuk kepada betapa bergunanya maklumat yang disediakan kepada pengguna. Ia ada kaitan dengan katakunci yang tepat, iklan yang tepat dan landing page yang tepat. Semakin relevan iklan, katakunci dan lading page anda, ia akan memberi kesan kepada CTR sekaligus Quality Score yang ingin di capai.
Landing Page = Maksudnya halaman mendarat. Hohoho…Takde le. Landing page merujuk kepada laman pertama yang pengguna kunjungi setelah klik iklan anda. Landing page yang baik mengandungi maklumat yang relevan dengan iklan yang dipaparkan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bagaimana Quality Score memberi kesan kepada posisi iklan pengiklan
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jadual di atas ni saya catit semula dari video asal Hal Varian.. A, B , C dan D tu mewakili 4 pengiklan. Maksimum bidaan pula ialah bidaan termahal yang setiap pengiklan mampu bida. Quality score plak adalah subjektif dan diberikan oleh pihak Google. Untuk menentukan posisi iklan masing-masing, Nilai bidaan maksima akan didarab dengan QS yang dicapai. Nilai tertinggi akan berada di posisi teratas dan sebaliknya. Kalau diperhatikan jadual di atas, pengiklan C hanya membida maksima $2 untuk berada di posisi pertama. Itu lah peranan Quality Score dalam menentukan kedudukan iklan masing-masing.
+++++++++++++++++++++++++++++++
Menentukan kos CPC ( Cost Per Click )
+++++++++++++++++++++++++++++++
Sambungan dari penerangan di atas, Hal Varian ni rumuskan cara kiraan Kos per Klik ( CPC ) dalam Adwords dengan formula ringkas seperti di bawah :
- P1 = Kos per klik pengiklan ranking pertama
- Q1 = Quality Score pengiklan ranking pertama
- b2 = nilai max bidaan pengiklan ranking kedua
- Q2 = Quality Score pengiklan ranking kedua
- CPC = Kos per click
Untuk lebih memahami, anda dimestikan membaca huraian selanjutnya .
+++++++++++++++++++
Contoh pengiraan CPC
+++++++++++++++++++
Dari formula di atas, Hal Varian memperincikan formula tersebut dengan kalkulasi contoh seperti di bawah .
Penerangan :
1. Semua pengiklan ( A,B,C,D ) membida pada nilai bidaan maksima $4 per klik
2. Setiap pengiklan memiliki Quality score masing. Yang paling tinggi Quality Score ialah pengiklan A
3. Oleh kerana Quality Score mempengaruhi Ad Rank ( rujuk formula ) sekaligus posisi iklan, pengiklan A mendapat posisi iklan paling atas.
4. Untuk mengira kos per klik setiap pengiklan, rujuk formula pengiraan CPC dan anda akan mendapati kos per klik pengiklan A ialah $3, pengiklan B ialah $2 dan pengiklan C berdasarkan nilai minimum bidaan yang dinyatakan pihak Google
Sekiranya pengiklan A mengambil inisiatif meningkatkan Quality Score beliau dari 8 kepada 10 tanpa mengubah nilai max bidaan, beliau boleh menjimatkan sehingga kos serendah $2.40 sahaja. Rujuk kalkulasi di bawah untuk melihat dengan lebih mudah bagaimana Quality Score menjimatkan kos per klik tanpa mengubah posisi iklan.
Kesimpulannya, mengiklanlah dengan bijak…hehehe…Tonton video tersebut selepas habis baca tulisan saya ni. InsyaAllah anda akan lebih mudah faham.
Dipetik daripada: http://www.ppcpercuma.com/blog/2009/10/04/google-adwords-cara-maximum-cpc-quality-score-ditentukan/







