Tutorial Guna Photoscape Untuk Edit Gambar Jimat Ruang


Saya rasa ramai menggunakan PHOTOSCAPE untuk mengedit gambar dan ramai gak yang masih terkial-kial menggunakannya kerana kurang mengeksplorasi perisian ini. Mungkin ramai dah tahu untuk menggunakannya dan ramai juga yang masih kurang mahir menggunakannya. Jadi kali ini aku ingin berkongsi beberapa TIPS penggunaan PHOTOSCAPE dengan semua.


TIPS kali ini adalah bagaimana untuk meminima penggunaan gambar dengan mengabungkan gambar agar ia tidak memberatkan blog korang. Bila bukak jer Software PHOTOSCAPE korang terus pergi kebahagian PAGE. Gambar seperti gambar di atas. Korang tekan jer bahagian PAGE tuhh.

BUAT PILIHAN FRAME DAN SIZE FRAME

PILIH GAMBAR YANG BERKENAN

Selepas bahagian PAGE ditekan korang akan mendapat paparan seperti diatas. Apa yang penting korang pilih corak frame yang korang nak. Kalau korang tahu saiz gambar yang korang nak, korang adjust kat bahagian resize (Sila rujuk gambar). Selepas tuh baru korang DRAG (TARIK) gambar yang korang nak.

KEPUTUSAN SETELAH SELESAI PEMILIHAN GAMBAR

Selepas kerja TARIK MENARIK dan Adjust Saiz Frame berdasar kehendak korang keputusan akan diperolehi seperti gambar diatas. Kalau korang rasa dah cantik dah. Korang Save ke Folder korang. Hanya ini sahaja langkah diperlukan untuk korang menjimatkan ruang dalam Entri korang.


Diatas adalah hasil dari pengeditan terhadap gambar ..Kelebihan menggunakan Frame gambar bergabung ni antaranya Jimat Ruang dan ia akan mengurangkan kelembapan muat turun ker muat nak blog korang supaya mudah untuk Visitor blog korang membaca entri korang dengan rasa sejuk hati pasal tak lembab. Itu ajerrr..selamat mencuba.

Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template