Cara Stripwashing Cloth Diaper

Secara umumnya stripwashing (juga dipanggil stripping) cloth diaper (CD) adalah proses mencuci CD daripada kotoran halus/ bendasing seperti mendapan sabun (build-up detergent) yg terbentuk atau terbina di dalam material/ fabrik CD dan insert/ soaker selama kita menggunakan CD itu (pakai-basuh-pakai-basuh yg berulang kali).

Mungkin juga terdapat 'build-up residue' yg lain seperti kesan nappy cream atau fabric softener (kalau ada ter-guna), ataupun kesan softener yg lekat pd mesin basuh (yg kita guna ketika basuh baju lain).. Ini pun blh berikan kesan pada CD kita.

Selain itu, mungkin terdapat kesan minyak daripada poop baby. Ya, bhn buangan bayi juga mengandungi unsur minyak yg akan termendap atau membentuk mendapan di dalam fabrik CD, terutama di lapisan inner CD (seperti fleece dan suede). Mungkin juga 'lemak susu' yg terdapat dlm bhn buangan bayi yg membentuk build-up residue pada CD (sekadar andaian saya)

Mendapan halus/ build-up residue/ build-up detergent itu terbentuk di celah2 liang fabrik dan menghalang CD menyerap basahan dgn sempurna.

Justeru, stripping adalah proses utk menanggalkan mendapan halus itu agar CD kembali menyerap dgn baik...

Bila perlu lakukan stripping?

1. Apabila CD mula bocor/ tidak dapat menyerap dgn baik/ kelihatan kalis air bila dialirkan air ke atas lapisan inner (air bergerak ke tepi CD).

2. CD kelihatan tidak bersih, innernya tidak lagi putih dan mungkin berbau manakala insert pula menjadi keras dan tidak lagi putih bersih dan lembut gebu.

3. Sudah lama/ tidak pernah lakukan stripping. FYI, stripping perlu dilakukan beberapa bulan sekali bergantung pada kelasakan penggunaan CD tersebut, yakni bergantung pada rotation CD. Kalau jarang2 sekali guna CD tu, mungkin 4-5 bulan sekali baru buat. Kalau ada dlm 20 pcs CD rasanya dlm 2 bulan sekali boleh buat stripping. Paling kerap pun rasanya sebulan sekali dan sebenarnya tidak perlu dilakukan terlalu kerap kerana tidak bagus utk jangka hayat CD kita.

Cara stripping?

Terpulang kepada keselesaan (dan kerajinan) anda serta tahap 'ke-teruk-an' CD anda.. huhu.. Agen2 yg biasa digunakan utk stripping CD adalah seperti:

- air panas/ air suam

- cecair pencuci pinggan yg handal menanggalkan minyak (seperti sunlight)



- soda bikarbonat

- cuka (distilled vinegar/ distilled white vinegar).

Di Barat, org2 putih sudah lama menggunakan soda bikarbonat dan distilled white vinegar utk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Bahan2 itu digunakan sbg langkah penjimatan, lebih natural, selamat dan mesra alam.

Utk CD, soda bikarbonat dapat memutih dan menggebukan kembali CD (khususnya insert). Cuka juga berfungsi utk memutih, melembut dan menghilangkan bau tidak enak pada CD. Selain itu, cuka juga berfungsi utk meneutralkan kembali CD slps dibasuh dgn soda bikarbonat.

Selain itu, utk stripwash CD ada juga org kita yg menggunakan limau nipis. Perah pada inner CD dan insert, biarkan sebentar sblm bilas.

Ada juga yg merebus insert. Bagi saya cukuplah dgn merendam insert dlm air panas (dlm baldi). Insert microfiber biasa/ hemp dan bamboo takde masalah kalau nak rebus/ rendam dlm air panas. Jgn rebus soaker yg ada lapisan PUL dan elastik sudah la, mcm soaker grovia.

Jika kotoran degil, ada juga yg menyarankan guna vanish. Apapun CLOROX adalah pilihan terakhir yer...

PENTING!! Apapun cara stripwash CD anda, air panas dan cuka jgn bagi kena material PUL kerana boleh merosakkannya.. Rasanya cuka dlm air yg byk takde masalah.. Jgn cuka semata2 kena PUL dah la...

Boleh juga gunakan sabun Rockin' Green Detergent.Produk dari US ini sangat berkualiti walaupun harganya agak mahal sedikit. Boleh didapati di website http://rockingreensoap.com/. Atau biasa dijual di Pameran atau Ekspo Barangan Bayi..Cuma, sabun ni agak mahal, sesuai untuk buat stripwash sebulan sekali..jangan la guna untuk basuh cloth diaper hari-hari..

Ni review ibu2 yg pernah guna sabun ni: Sangat puas hati dengan performance..insert kene air karat pun bleh ilang.
Insert keras bleh jadi gebu balik...amat gumbiranya hati ini...^_^Dengan adanya sabun ni ibu xrisau nak buat STRIPWASH lg....dah xyah pakai sunlight segala..hehe.Oleh sebab sabun ni agak mahal..utk jimat ibu guna utk STRIPWASH je...tp mahal pun amount guna sket je...so masih jimat. 1 sampel pack tu ibu dapat basuh 5 kali CD. 1 kali dalam 10 pcs CD. Jimat kan??...hehe

Kalo sape2 mahu beli, saya boleh recommend seller2 yang jual sabun ni kat Malaysia..saya ada no kontek diorang..just email je dekat emydin@gmail.com saya akan bagi maklumat seller ni




Terima kasih kaklong Nuzula kerana benarkan saya terbitkan artikel ini .

Sumber: http://happy-clothdiapering.blogspot.com/2011/03/stripwashing-cloth-diaper.html

BEBERAPA CARA YANG DILAKUKAN OLEH IBU-IBU YANG LAIN

IBU-IBU YANG  SHARE CARA STRIPWASH CLOTH DIAPER

*********************************************************

NO. 1 -> 15 pcs insert bamboo + mf = sunlight + cuka makan + air suam in the first wash sebab hancingnya tak hilang habis walau bilas sebelum basuh :)

-> first wash air setting lowest + secawan cuka, 1.5 sudu sunlight , 1/4 pail hot water, pastu biarkan air biasa masuk sampai lowest setting, saya tambahkan bilasan dengan highest setting air

 

Note : Thanks to Mummycare Liza.. saya copy awak punya method last time - siap paste kat notepad..hehe..THANKS LIZA!! ^_*!

 

******************************************************************* 

NO. 2  MAZLYNA

Cara Ringkas saya:

1. Wash and spin untuk bilas semua cd (insert/soaker/cd)

2. Full cycle - letak sabun basuh pinggan (saya guna sabun cosway)

3. Full cycle - letak sabun basuh cd yang biasa guna

4. Full cycle - without any detergent - to make sure semua sabun habis di bilas

 

Cara guna RGD (mlm sebelum tidur)

1. Wash and spin untuk bilas semua CD (insert/soaker/cd)

2. Rendam dalam WM letak RGD - selalunya saya akan buat bbrp round wash only

3. Full cycle bila bangun pagi - takyah letak ape2 sabun lain

4. Full cycle - without any detergent

 

***********************************************************************

NO.3 KU AZNI

ni cara malas saya ye.. ^_*

1. sedikit sunlight n air paip -> 3 atau 4 insert or pocket cd -> sental2 -> jemur -> tamat.(ni saya buat kat sinki dapur jer.. bubuh air dalam baldi) .SEKIAN!





 
Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template