Apa itu Cloth Diaper & Cara Pakai Cloth Diaper

Adakah anda ibu atau bapa yang mempunyai bayi yang memakai Pampers??

Jika ya, maka inilah peluang untuk anda berjimat sehingga RM3500

dengan bertukar dari pampers kepada Kain Lampin Moden.



Apa itu cloth diaper (CD)?

Cloth diaper adalah lampin kain moden yang mampu berfungsi seperti lampin pakai buang (pampers) dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula !



Apa Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar,
kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan
bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dengan Cloth Diaper dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.



Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket)
dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang...
Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!



Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma
jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi.
Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi.
Selepas dibasuh, biarkan ia kering dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik.




7 SEBAB KENAPA ANDA MESTI GUNAKAN CLOTH DIAPER





1. Cloth Diaper juga sangat menjimatkan!
Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Cuba anda kira bersama saya. jika kita guna cloth diaper yang harganya RM25 per set  dan kita perlukan sekurang-kurangnya 12 set, kosnya hanya RM300 dan tahan sehingga 3 tahun Tetapi jika kita gunakan  Disposable Diaper  (lampin pakai buang) yang harganya RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping satu hari iaitu bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 X 365 hari = RM1533 setahun yang akan kita belanjakan. Manakala untuk tempoh 3 tahun, RM1533 X 3 = RM4599 yang akan kita belanjakan. 3 tahun ni adalah purata masa bayi anda boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi, antara RM300 dan juga RM4599 mana satu pilihan anda?? 




2. Pemakaian Cloth Diaper juga membantu bayi anda lebih sihat.

Ini kerana, Cloth diaper diperbuat daripada kain Cotton. 
Kain Cotton merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya. 

3. Dengan memakai cloth diaper juga, kurang berlaku ruam dan gatal.

Sebabnya tidak  lagi berlaku tindak balas bahan  kimia terhadap kulit anak kita.  Lebih lama disposable diaper dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Mengapa disposable diaper senang menyebabkan ruam gatal berlaku pada bayi anda? Adakah anda tahu bagaimana Disposable Diaper  (lampin pakai buang) berfungsi ? Adakah anda tahu apakah yang ada di dalam lampin pakai buang?  

Baiklah, cuba anda buat eksperimen ini, potong Disposable Diaper  itu kepada 2 bahagian. Tuangkan air kepada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku.  Terdapat kristal-kristal  kecil yang akan bertindak balas dan berubah kepada bentuk gel setelah terkena pada air tadi.  Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat daripadanya, kulit bayi mudah terkena ruam/kerengsaan kulit. 

Fakta: Bahan-bahan yang digunakan Untuk Membuat Disposable Diaper * Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA .

* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Bahan kimia ini juga membolehkan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya dan juga menyebabkan ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi.  

* Tributyl Tin (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. 

* Crude Oil - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil adalah sejenis petroleum. 




4. Alam persekitaran kita juga akan lebih terjaga dan terpelihara.

Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. 
Satu Disposable Diaper  hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam.
Cuba fikirkan apakah bahan yang telah digunakan hanya untuk membuat bahan yang akan dipakai untuk 2 jam (atau lebih) ?
Dan fikirkan juga ke mana akhirnya Disposable Diaper itu? 
Kesemuanya akan ke tempat pembuangan sampah kan??  

Fakta tentang Disposable Diaper/Lampin Pakai buang 

- Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari. 
- Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya. 
- Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. 
- Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. 
- Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah



5. Senang untuk digunakan.
Kalau zaman dulu-dulu, zaman guna kain lampin manual, kita kena ada pin, seluar getah,dan kena ada masa untuk  lipat kain lampin tu. 
Tapi sekarang, cloth diaper ada macam-macam rekaan baru dan moden yang sangat menyenangkan ibu bapa untuk menggunakannya!!

6. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri
kerana mereka boleh merasakan kebasahan padacloth  diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.
Bayi yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam Cloth Diaper (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

7. Anak-anak juga belajar dari pemerhatian dan peniruan.
Dengan memakai cloth diaper, anda juga telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik dan menjaga alam sekitar. 
Mereka pun akan mencontohi sikap anda yang baik kerana telah di didik dengan cara seperti itu


Ciri-Ciri Cloth Diaper




Jadual Penggunaan CD


Berikut merupakan cadangan jadual penggunaan CD harian untuk baby anda.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu boleh juga mereka sendiri jadual penggunaan CD
bagi baby mereka bergantung kepada kekerapan baby membuang air kecil/kencing.

7am - 10am 1 CD + 1 Insert
10am - 1pm 1 CD + 1 Insert
1pm - 4pm 1 CD + 1 Insert
4pm - 7pm 1 CD + 1 Insert
7pm - 12am 1 CD + 2 Inserts
12am - 7am 1 CD + 2 Inserts

Kesimpulannya, 6 CDs + 8 Inserts diperlukan untuk penggunaan selama 24jam.
Jadi secara kasarnya (menurut perkiraan dan pengalaman saya), 12 CDs diperlukan
bagi membolehkan baby menggunakan CD sepenuhnya :)
tetapi tak salah rasanya jika ibubapa ingin memiliki/membeli lebih dari 12 CDs
kerana CD tersebut bolehlah digunakan semasa emergency-hujan & CD tak kering :)



Cara untuk pakai One Size Pocket Diaper


 

Ini adalah cara untuk pakai One Size Pocket Diaper

Hanya 3 langkah:

1. Adjust size
2. Masukkan insert
3. Pakaikan pada baby

Untuk penggunaan kali pertama saja anda perlu 'adjust' dulu saiz CD, jika mahu saiz S atau M (saiz L takyah buat apa2).... dan setting saiz itu tak perlu dibuka apabila basuh (biar sahaja macam tu)...

Utk penggunaan biasa (siang hari), hanya perlu gunakan 1 insert dan untuk malam bolehlah gunakan 2 insert. Maksimum 3 insert (utk anak yg dah agak besar ).

Anda juga boleh lihat gambar real yang saya tangkap sendiri ini..enjoy ya...


Cloth diaper yang baru dibeli



1) Buka Cloth Diaper seperti ini



2)masukkan dengan kemas kedalam poket lampin moden,pastikan kemas.



 3) Masukkan 1 soaker untuk penggunaan hari siang dan 2 soaker waktu malam.
Namun begitu. ia masih bergantung kepada kekerapan air kencing anak anda

4) Kemudian butangkan CD mengikut saiz anak anda , dibawah adalah gambar-gamabr  saiz CD







Dapatkan cloth diaper untuk anak-anak anda disini  http://iluvsuperstore.com/cloth-diapers-c-55.html
dan jangan lupa like fanpage kami untuk dapatkan info2 terkini  http://facebook.com/clothdiapermurah









Copyright © 2014 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template