Testimoni Pengguna Cloth Diaper

Testimoni 1:

Nama: Siti Wanzuraine Ismail

Baby: Muhammad Ayyub b Rahizal (11bulan)

Testimoni:

    saya seorang FTWM
    mula berjinak2 menggunakan CD sejak bb 2bln..masa tue beli babyland kat mudah.com 2kpg tuk test (kebetulan warna yg menarik semua dah habis :(( )
    mcmana tahu kewujudan CD?? Pernah terbaca dlm paper kalau tak silap brand Wuddah..masa preggy try carik2 n godek2..huh harganya boleh tahan jugak..pikir 2-3 kali jugak membeli ehheeh..
    Tapi sebab minat beli jugakla 2kpg nak try dl pakai cuma hari minggu saje n rasa seronok pasal tak payah pakai seluar. sebab CD dh cukup comel walaupun warna plain sebab ianya lain dari yang lain..tue pun lepas bersalin baru try beli.
    masa tue belum tahu pasal nak kena buat stripwash n memang zero knowledge..kebetulan terjumpa blog seller CD..masih lagi berkira2 nak menambah koleksi..siap buat bookmark khas tuk CD taw..
    pilihan menggunakan CD untuk berjimat setelah melihat perngiraan yang dilakukan oleh otai2 CD sangat2 menjimatkan n berbaloi2 heehee...
    CD kegemaran (jenama & jenis) (optional, jika mahu)
    spend berapa utk DD setiap bulan sebanyak Rm80.00 kemudian naik lagi RM120.00 sblm menggunakan CD..cer kire berapa banyak duit nk spend tuk 7bln menggunakan DD..RM120 x 7bln = RM840.00 itu br 7bln blom lagi bb umur 3-4thn if masih berDD & brp byk jimat guna CD..hurm tak tahu nak buat pengiraan pasal terlampau banyak beza ..dan harga DD pun makin meningkat!!
    CD hanya perlu spend dalam anggaran Rm30 x 30kpg = Rm900 untuk selama2nya!!!
    kelebihan berCD ...hurm..meyelamatkan rumah dari bau dispo dalam tong sampah..euu..tambah2 yang bb poo poo perghh bau semerbak terutama sebelah malam..taw2 jela sampah masih ade dalam rumah..
    kebanyakan CD sumer brand dari china..ada sekpg homemade n US?? cume ade rumparooz aje..hehe..
    Renung-renungkan yee dan tak perlu tunggu lama2 untuk melakukan perubahan k earah kebaikan..keseronokan berganda2 sejak menggunakan CD..cikidaut

 

Testimoni 2:

Nama : Dora Shahnaz @ Dotty Bt Abd Latiff

Baby : Baby Nuz Zara Qhadeeja Bt Abdul Halim @ 5mths

Testimoni:

    Seorang ibu yang bekerja sepenuh masa, beranak 6.
    Tahu mengenai CD : melalui internet dan pembacaan... yang pasti... apa bila melihat kawan sepejabat menerima cd dari hasilan pembelian secara online.
    Pembelian CD bermula semasa mengandung anak ke 6, belian secara sedikit demi sedikit sehingga 40 keping, jenis yang berbeza dan kuantiti bergantung kepada printed dan pakej yang ada. Sekarang?? Jangan ditanya, kerana inilah hadiah dari seorang ibu untuk bayinya.. agar senantiasa kelihatan segar dan cantik!
    Penggunaan CD secara sepenuh masa, bermula dari usia bayi 3 hari dan sehingga kini.
    Amat suka dan gembira, kerana bayi senantiasa sihat, tiada ruam dan senantiasa kelihatan berseri dengan pemakaian CD yang berwarna warni.
    Jimat? Ya menjimatkan! Pembiayaan CD baru dilakukan jika sekiranya terdapat Group Buy untuk pembelian yang jimat, dan pembelian CD baru dapat dilakukan kerana CD yang lama mempunyai nilai untuk dijual balik melalui lamam FSOT.
    Bayi menggunakan CD dari berbagai brand, dan negara, termasuk CD custom made, hasil buatan tangan dari ibu ibu di Malaysia dan juga luar negara
    yang pasti, sihat, jimat, cantik, senang dan green leaving environment! cubalah!

 

Testimoni 3:

Nama : Hanz Jamaludin

Baby : Hambali bin Hasrat (3 tahun) & akan datang Baby-H (bila-bila masa jer bakal dilahirkan)

Testimoni:

Semasa anak pertama, Hanafi bin Hasrat berusia bayi sekitar tahun 2004, saya sudah tahu kewujudan lampin kain moden (CD) melalui kumpulan forum yang saya bergiat aktif. Ketika itu, tidak terlintas untuk mencuba kerana faktor harga dan pilihan yang ada tidak banyak malah tidak ramai ibu yang menggunakannya. Setelah anak ke dua, Hambali dilahirkan tahun 2008, saya menemui semula CD dan kagum dengan kewujudan beberapa kedai maya dan ramai ibu gembira menggunakannya. Hati saya tertarik untuk membuat penyelidikan lebih lanjut dan kebetulan pada masa yang sama, Hambali telah dijangkiti kuman yang menyerang saluran pundi kencing (Urinary Tract Infection / UTI), saya telah mengambil langkah untuk mencuba dahulu CD. Hambali segera disunat ketika berusia 4 bulan dan ketika hampir mencecah usia 5 bulan, saya membuat pembelian CD pertama kali setelah mendapat tunjuk ajar daripada pemilik kedai tersebut dan sekarang menjadi kawan maya pula. :). Hasilnya sangat berpuas hati. Dan, lebih mengkagumkan dengan izin Allah, Hambali sembuh sepenuhnya daripada jangkitan tersbut dan saya amat yakin, keputusan saya bertukar ke CD untuk pilihan yang lebih sihat menampakkan keberkesanannya. Saya tidak terus membeli sekaligus dalam kuantiti yang banyak tapi melihat apa jenama dan sistem menjadi pilihan kebanyakan ibu dan saya beransur-ansur membeli baik yang baru atau yang terpakai. Terus terang saya katakan saya rajin membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan-pembacaan daripada blog, forum, kedai yang menjual malah membuat eksperimen saya sendiri.

 

Hampir 3 tahun terjebaknya saya dalam dunia CD dan akan berterusan pula dengan anak ketiga yang bakal dilahirkan, saya boleh beralih pula dengan sistem pilihan CD yang lain.Menyeronokkan bila boleh bereksperimen dan berkongsi pengalaman dan ilmu dengan ibu-ibu yang lain. Ketagih? Ya, sudah menjadi hobi pula.Saya gembira dengan peningkatan dan kemajuan dunia CD di Malaysia dan tahap kesedaran ibu-ibu berbanding 5-6 tahun yang dulu. Berbalik pada saya dan keluarga, apa yang saya boleh katakan ber-CD adalah satu kepuasan yang tidak terhingga bukan hanya kerana ia pilihan yang lebih sihat dan jimat, ia tidak mencemarkan alam malah saya boleh membuat pilihan jenis sistem, jenama, harga mengikut kesesuaian dan kehendak saya sendiri! Tidak terikat dengan pilihan lampin pakai buang yang ternyata penuh dengan bahan toksik, mencemarkan alam malah sungguh membosankan!

 

Testimoni 4:

Nama : herny yusnizar binti ridzwan

Nama baby: puteri nur Qairunnisa bt mohd hafiz (2 1/2yrs) (eczema dan alergy pada disposable diapers,fabric suede n microfleece)

Testimoni:

saya merupakan seorang ibu bekerja. saya bekerja shift samada petang,pagi atau malam. waktu kerja pula 7 jam , 10 jam atau 14 jam sehari atau oncall bergantung pada jadual tugas. saya telah full cloth diapering selama setahun lebih...walaupun bermula agak lewat iaitu selapas nak berumur setahun lebih.

sebelum menggunakan CD anak saya menggunakan lampin flat tradisional sahaja kerana anak saya sangat alergy dengan disposable diaper..walau pun begitu saya pakai juga DD jika untuk travelling atau outing(jenama mamypoko,huggies ultra)--kesannya--anak saya akan timbul ruam yg sangat teruk hingga pada suatu ketika berair dan di jangkiti candida..

 

anak saya akan rashes even hanya selapas sekali berDD apatah lagi jika seharian di BS/ travelling...saya berhabis duit juga untuk rawatan kulitnya. namun doctor juga menasihatkan tiada jalan lain kecuali jangan pakaikan disposable diapers..lagipun rawatan menggunak crim steroid juga ada kesan sampingannya...

disebabkan sudah terbiasa dengan lampin flat--saya terus berlampin kain tradisional..lagipun belum terbuka lagi mengenai CD walaupun pernah terbaca mengenai CD. pada suatu hari saya terjumpa CD di jual di kedai--CD pertama saya ialah myeconappy..sejak itu masalah rashes berkurangan..kemudian saya terus membeli Cd lunatot kerana kebetulan butik lunatot baru di buka berdekatan rumah saya...kemudian kebetulan saya baru membuka akaun FB n search mengenai clothdiaper (sebelum tu sebuk bekerja n menguruskan anak-maklumlah pakai lampin flat -sehari sedozen kut).

melalui perbincangan dengan kawan FB barulah saya belajar mengenai jenis2 dan system berCD serta cara penjagaan...rupanya anak saya cuma sesuai dengan bamboo sahaja. saya mula menjadi pengguna bamboo tegar dan anak saya totally sembuh dr rashes. antara jenama yg menjadi pihan adalah bamboolite PUL dan QQbaby minky bamboo. selain itu saya juga menempah khas CD dari cotton.

saya sangat lega dan bersyukur di temukan dengan CD..selain dari hypoalergenic Cd juga sangat cute untuk si manja saya...

 

Testimoni 5:

Nama: Mastura Marzuk

Baby: Mohamad Iqram Mohammad Khairul (11 bulan)

Testimoni:

    Saya seorang ibu yang bekerja di bidang Construction. Balik kadang˛ lewat sebab slalu on site or ada tender, kadang˛ keluar awal pagi, kadang˛ outstation kursus or meeting.
    Mula mengenali Cloth Dapers melalui Media TV (Lunatots baru˛ klua kat TV), direkomen oleh my Bos, dia cakap seriously jimat (kalau da BOS pon ckp jimat kan, apetah lagi kita ni yang kuli je kan... hikhik...)

Penambahan koleksi CD

    Mula carigali di Internet - Google je... (almaklum la, pak Google cari ape pon dapat.. x caye g cari nama sdr kat Google... msti kua gmba dr sdr..) page yg mula˛ jumpa "House of Cloth Diapers" Owner dia duduk dekat ngan rumah... jadinye gagahkan diri jugak pegi rumah dia (masa tu mengandung 8 bulan++). Dia ada sediakan package untuk RM100.00 kita boleh pilih brand ape kita nak... Masa tu femes Lunatot (dlm kepala, igt Lunatot tu laa yg paling mahal, rupenye ada lagi yg mahal.. isk isk isk....) So, amek brand Lunatot + Coolababy + Babyland... sbb ni je yang dia jual... so, sampai ke mimpi pkaikan baby CD malam tu.. siap try kat anak buah lagi... masa tu rasa maca ajaib jugak la, sbb anak buah tu da 3 tahun, still muat.. haha...
    Then, bila da bersalin, baby boy, xberani lagi nk pakaikan CD. sbb ada 3 keping je kan.. nnt takut tak sempat kering pulak... pkaikan je DD dulu. tp skali sekala, pakaikan jugak la CD. masa tu ada jugak la org cakap˛, 'besa sangat ni'... tp peduli ape... pakaikan je la... kita ibu dia, dia anak kita, mereka˛ tu cuma boleh bagi pendapat je. Jangan nak sibuk...
    Lama jugak la bertangguh nak beli CD. Alasannye sbb duit da "terpakai" (almaklum la, besalin time raya, anak mmg masyukk, tp ibu bapa yg kopak...)
    Start Iqram 3 bulan, da mula naik kerja, start survey˛ CD.. Tup˛ Fabulous Mom ada buat promotion Brand Little Buddy beli 10pcs, harga 230.00 dpt free Wetbag + Insert Bamboo... Pe lagi, zassS tros pegi grab 10 keping tu...
    Then lepastu macam ketagih... da ketagih.... setiap bulan, ada je bungkusan demi bungkusan... nak beli sedebuk macam kurang mampu. tu pun ikat perut. siap puasa sebab nak beli CD yang terbaik.
    paling banyak beli Bradn QQBaby sebab murah. RM18-20/pc. ada lebih 20 keping kot. Beli murah, senang kering, senang basuh PooPoo anak, jenis pocket, Button.
    lepastu beli lagi...sebab jumpa Group ni.. MCDP ni... boley Group Buy, boley sebey mana murah... Brand Bamboolite, Itti Bitti, Happy Heinys, Custom Made (baby Whombie), Grovia, Happy Bum.
    skarang ni, macam x mampu nak beli yang mahal bnyak˛, mula la cari kain untuk buat CD sendiri... Smalam beli kat Jakel ~ hehe.. da jadi kegilaan ~ baju raya x beli, tp beli kain buat CD pulak... (kira˛ lebih 50pcs da skang ni...)

 

Pengasuh

    Bab hantar ke pengasuh, mula˛ cam payah jugak sebab dia makcik˛ yang da tak larat tapi still nak jaga budak lagi kan. Bekalkan jugak CD. Buat tak tau je bila dia pkaikan DD anak org lain yang dia jaga jugak... Alasan dia, sebab CD asik bocor. Dalam hati, aku yang pkaikan xpernah bocor. Explain jugak kat dia kena tukar lebih kerap. Tapi still pakaikan DD anak orang.. Punye la doa dengan Tuhan, harap˛ terbuka la minda makcik ni untuk terima CD ni... Last˛ dapat tau yang Iqram jatuh toilet.. So, kami decide, tuka ke taska.
    Survey punye survey, dapat Taska UTM. Hari pertama ok, hari ke-2, mula la dia kata tak senang dengan CD. Budak terlalu ramai. CD asik bocor kena tilam. Balik tu tengok CD tak luak pon. Cess... Esoknye hantar taska lain.... (tuka lagikk...)
    Latest, hantar ke taska BondaMama. Da seminngu di taska baru, so far ok. Sebab yang jaga ex-student UTM. Mayb diorang da banyak pendedahan pasal CD, dia siap basohkan lagi.

 

Penjagaan

    Basuh guna NapiKleen pada mulanya. tapi dapat tau rupanye tak boleh guna untuk basuh CD. Skang guna LunaCare. Bilas dulu, masuk baldi kering, Insert masuk mesen terus, Cover dia masuk Laundry Net sebelum basuh skali ngan CD, basuhan 2-3 kali seminggu..

Sekian :)

 

Testimoni 6:

Nama: Siti Maseriyani Sapari

Baby: Muhammad Ishaq Najmi Bin Nujaimi (1 tahun 1 bulan)

Testimoni:

 

Saya seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di Bandaraya Johor Bahru & bertugas di sesi petang. Kadangkala, saya juga perlu menghadiri beberapa aktiviti yang dijalankan di sesi pagi atau hadir awal untuk menguruskan beberapa hal penting & bermesyuarat.

 

Tak kenal maka tak cinta

 

Saya mula tertarik dgn beberapa iklan drpd bbrp individu di FB tentang CD & ingin mengenalinya dengan lebih mendalam seawal saya mengandung anak yang ketiga (Muhammad Ishaq Najmi). Kemudian saya mula mencari beberapa info di beberapa blog tentang cara penjagaan & juga pendapat ibu-ibu yang telah menggunakan CD. Tetapi oleh kerana tidak begitu berkeyakinan yang saya akan rajin utk menguruskan CD, maka saya tidak begitu memaksa diri utk mendapatkannya.

 

Apabila anak saya menjangkau usia 5 bulan, hati saya terdetik utk mencuba menggunakan CD. Saya berbincang dgn suami utk mengunakan CD, pada awalnya suami saya berkeras tidak mahu menggunakan CD kerana kos awal yg akan dikeluarkan iaitu RM310 utk 10kpg coolababy & 2 keping rainbow, berbanding DD. Saya pula berkeras ingin membelinya dgn memberitahu suami bahawa saya akan menggunakan duit saya sendiri. Suami saya akur. Bermula usia Ishaq 6 bulan saya menggunakan CD hanya di nursery sahaja & waktu malam di rumah masih lg menggunakan DD. Saya bernasib baik kerana guru-guru di nursery akur dgn permintaan saya utk menggunakan CD. Pada bln pertama menggunakan CD mmg menguji kesabaran & saya mula merasakan ingin berputus asa kerana anak saya kerap bocor. Saya memberi aura positif pada diri saya utk mengkaji permasalah yang berlaku & terus mengunakan CD. Alhamdulillah, setelah mencari ilmu drpd bbrp blog, saya menjumpai jalan penyelesaian.

 

Saya mula tertarik dgn jenama Lunatots krn di khabarkan mempunyai kualiti yg baik setanding harganya. Pencarian saya bermula dgn mencari individu yg menjual jenama Lunatots di Johor Bahru & akhirnya saya menemui blog "House Of Cloth Diapers @ Johor Bahru". Saya mendapatkan 5 kpg beserta insert hemp dgn tujuan ingin digunakan pada waktu malam. Dalam masa yang sama rakan sekerja saya berminat dan mendapatkan set yang sama. Pada ketika inilah saya bermula pemakaian penuh CD pada ketika anak saya berusia 8 bulan (agaknya la, sbb tak ingat).

 

Tatkala saya mendapat rezeki lebih saya mula menambah CD, kali ini saya mendapatkan QQBaby Minky Bamboo 10kpg, kerana tertarik dgn corak-coraknya & ingin menggunakan insert bamboo. Saya mendapatkan CD QQBaby Minky Bamboo dgn individu yg sama saya mendapatkan Lunatots (saya sgt berterima kasih). Saya juga bersyukur kerana suami saya juga turut membantu saya menguruskan CD yg dibawa balik dr nursery tanpa dibuang segala 'isi' yg ada. Mungkin suami saya merasakan penjimatannya setiap kali kami keluar berbelanja tanpa membeli DD.

 

Penjagaan & Pengurusan

 

Penjagaan & pengurusan CD pada saya amat mudah setelah membaca beberapa pengalaman individu yg menggunakan CD. Pada awalnya saya tersilap baca jenis sabun yg boleh digunakan iaitu Pureen HAD, apabila saya ke kedai barangan bayi sabun yg berjenama Pureen hanya ada Pureen ABD, maka saya membeli & menggunakannya. Anak saya mula mendapat ruam & saya mula risau, adakah kerana anak saya tidak serasi dgn CD. Bila saya mendapati anak saya bkn tidak serasi dgn CD tetapi kerana sabun yg digunakan tidak sesuai, maka mencari sabun Pureen HAD & Alhamdulillah ruam anak saya beransur pulih.

 

Selain Pureean HAD, melalui perkongsian ilmu didalam group ini saya mengetahui ada sabun lain yg blh digunakan (Kiddiewash Cosway).

    Sehingga kini, setelah 7 bulan menggunakannya (CD) tiada apa yang akan melunturkan semangat saya utk terus berCD
    Saya juga berkongsi pengalaman penggunaan CD dgn rakan-rakan sekerja & mereka juga ingin bermula menggunakannya
    Sama-samalah kita menjaga alam sekitar & jadikan bumi kita bebas dari longgokkan sampah yg memakan masa yg panjang utk terurai
Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template