Promosi di Facebook7 Cara Promosi di FacebookSaya pun sudah tidak ingat, sudah berapa lama saya ber-marketing di Facebook. Cuma saya lihat, pemasaran di sana mempunyai corak dan keunikan tersendiri. Setakat ini, sebahagian trafik ke blog ini datang dari Facebook. Soalnya, bagaimana mereka boleh sampai ke sini?
Sebenarnya saya melakukan promosi di sana bukanlah kerana mahu mereka melawat ke blog saya. Keutamaan saya di sana adalah membina komuniti tersendiri di sana, selain komuniti melalui blog ini. Saya juga mahu membina jenama melalui FB, seperti mana saya menggunakan blog dan juga forum. Apa yang saya dapat katakan, Facebook bukanlah tempat terbaik untuk mendapatkan pembeli sekiranya tidak kena pada caranya. Saya melihat bahawa, Facebook sama seperti web sosial yang lain di mana ia adalah tempat orang berehat, mengisi waktu yang terluang dan saling berkomunikasi satu sama lain. Di Facebook (FB), saya tidak target jualan atau mahu menjual. Di sana, saya banyak berkongsikan informasi sama ada tip, panduan, berita semasa dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perniagaan saya (niche). Matlamat utama saya adalah mahu mempromosikan jenama perniagaan saya di sana dengan menggunakan kaedah “soft selling” yang jauh lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang. Jika anda mempunyai akaun Facebook, bolehlah Add saya sebagai Friend: http://facebook.com/mohdzulfadli Berikut saya senaraikan 7 cara promosi, teknik atau kaedah yang boleh anda cuba di Facebook. Kesemuanya memerlukan masa dan ingin saya tekankan bahawa, pemasaran di laman web sosial seperti Facebook sudah semestinya mengambil masa. Maka, ruangkanlah masa sebaik mungkin agar tidak hilang fokus. Berikut adalah 7 teknik yang boleh anda lakukan untuk marketing di FB: 1. Kumpul “friend” & berkomunikasi Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda. Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka. Pengenalan diri juga boleh dilakukan pada Wall kita sendiri menggunakan fungsi Status. Contoh yang saya lakukan:
2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas. 3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan. Contoh status:
4. Membuka Page atau Group sendiri Jika anda telah Add saya di FB, anda boleh membaca tip ke-4 ini di sini: http://www.facebook.com/notes/mohd-zulfadli/contoh-guna-fungsi-page *Perlu jadi “friend” saya dahulu baru dapat baca nota tersebut… 5. Tulis Notes (nota) dengan menggunakan fungsi Notes. Rakan-rakan anda di FB pasti menghargainya. Apa itu Notes? Notes lebih kurang saja dengan penulisan di blog, malah artikel di blog kita boleh dimasukkan secara automatik ke bahagian Notes di FB. Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara memasukkan artikel dari blog secara automatik ke bahagian Notes tersebut. Caranya ada dalam video berikut: Link video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=167304069593 *Video di atas tanpa suara… Anda boleh melihat senarai artikel yang saya tulis terus di FB dan juga berasal dari blog ini, di sini: http://www.facebook.com/notes.php?id=817509593&style=1 6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jadikan rakan-rakan FB anda semakin ‘dekat’ dengan anda. Contoh yang saya lakukan:
Contoh video pula adalah seperti video di atas. Selain informasi berbentuk tulisan, imej atau video juga biasanya lebih menarik perhatian rakan-rakan anda di FB. 7. Jangan SPAM Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB. Kesimpulan Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz. Teknik ini saya tidak dapat menerangkannya kerana saya belum melakukannya lagi. Bagi diri saya sendiri, saya telah mendapat kenalan yang ramai di FB yang selama ini amat mustahil untuk saya mengenali atau merapati mereka melalui blog atau kaedah lain. Malah yang mengembirakan, banyak perkara yang saya tidak jangkakan, telah pun saya raih. Ini semua kerana saya telah membina ‘hubungan’ dengan mereka di FB yang saya lihat ia amat sukar untuk dilakukan dengan kaedah lain seperti blog atau forum. Maka saya melihat pemasaran FB dari sudut yang berbeza, bukan sekadar untuk mempromosi produk, tapi ia melangkaui lebih daripada itu… Pokok pangkalnya, dalam apa jua usaha promosi atau pemasaran, kita mesti ada matlamat, jelas apa yang perlu kita lakukan dan mesti dilakukan sebaik mungkin (beretika) serta dengan penuh sabar. Selamat berjaya. http://blog.smartusaha.com/7-cara-promosi-facebook/ |






