Teknik Pemasaran Facebook Guna Iklan Facebook

Pemasaran Facebook – Iklan Facebook Memmey Best!

Pemasaran Facebook - Iklan Facebook

Salam hormat semua.

Kini saya kembali, dengan perkongsian terbaru yang bakal memberikan manfaat buat anda, iaitu berkenaan topik..

PENGIKLANAN FACEBOOK@FB ADS

Anda yang membaca ini pasti tahu kan apa itu iklan di facebook? Ya, iklan bergambar yang dipaparkan di sisi kanan akaun facebook anda. Apabila anda melayari FACEBOOK, pasti anda sering menjumpai iklan ini bukan?

Pemasaran Facebook - Iklan Facebook

Kini, semakin ramai yang menggunakan iklan facebook untuk pelbagai tujuan. Contohnya, ada yang gunakan iklan facebook untuk:
- Mempromosikan produk mereka di internet
- Mengumpul fans/peminat bagi fanpage mereka
- Memperkenalkan servis mereka/kedai konvensional mereka pada masyarakat tempatan dan juga luar
- Mengumpulkan subsriber/mailing list
- Mengumpul follower blog
- Menarik trafik ke laman web mereka

Itulah, antara sebab-sebab utama kenapa ramai orang gunakan iklan facebook atau sebutan mudahnya – FB Ads! Terdapat banyak kelebihan dengan menggunakan iklan facebook ini. Antaranya:

- Ianya murah, menjimatkan. Ya iklan Facebook memang sangat murah jika dibandingkan dengan medium pemasaran berbayar lain seperti google adwords, iklan banner atau iklan teks di web trafik tinggi. Dengan kos serendah USD 3, anda mampu menarik sehingga 500- 1000 trafik ke iklan anda.

- ianya mudah dilakukan. Ianya memang mudah dilakukan. Isi tempat kosong saja, siap! Tak perlu kemahiran teknikal pun. Budak darjah 4 Anggur pun boleh melakukannya.

- Ianya boleh dilakukan dengan PANTAS. Ya, anda boleh iklankan promosi anda sepantas 5 minit! Siapkan iklan 1 minit, tunggu APPROVAL (kelulusan) dari Facebook beberapa minit berukutnya. Cepat iklan dipaparkan, lebih cepat hasil yang anda perolehi.

- Ianya mesra pengguna. Ini paling best. I LOVE FB ADS!

- Boleh beriklan kepada beraratus ribu atau berjuta-juta pengguna facebook. Promosi anda dilihat oleh prospek yang sangat ramai, memang mengujakan. Dan ianya berlaku dalam masa yang singkat!

- Iklan boleh disasarkan kepada prospek yang lebih TARGETTED (tertumpu). Anda boleh iklankan promosi anda kepada prospek mengikut negara, bahasa, jantina, umur, lokasi, minat dan hobi, kerjaya, dan lain-lain lagi. Lebih targetted, lebih tinggi hasilnya…
- Ianya boleh dijalankan secara TOUCH & GO. Anda pasang iklan anda sekali sahaja, dan ianya akan berjalan tanpa henti secara automatik..memang best.

- Viral! Siapa yang tak mahu iklan mereka tersebar di internet seperti virus. Promosi kat seorang je, tapi yang dapatnya 10 orang. Lebih viral, lebih untung!

Itulah kelebihan-kelebihan menggunakan iklan facebook @ FB ADS ini. Saya yakin anda sudah sedar akan kehebatan FB ADS ini. Dan anda pasti sudah tidak sabar lagi nak ketahui perkongsian saya berkenaan ilmu pemasaran FB ADS ini.

Untuk perkongsian kali ini, saya telah sediakan 5 video berturutan dengan durasi lebih kurang 20 minit setiap satu untuk anda. Anda boleh menontonnya satu demi satu di bawah.

Pemasaran Facebook – Iklan Facebook – Video 1


Pemasaran Facebook – Iklan Facebook – Video 2

Pemasaran Facebook – Iklan Facebook – Video 3

Pemasaran Facebook – Iklan Facebook – Video 4

Pemasaran Facebook – Iklan Facebook – Video 5


Terima kasih En Jamal kerana membenarkan artikel ini untuk dishare Kredit to: http://www.blogjamal.com/marketing/pemasaran-facebook-iklan-facebook-memmey-best/
Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template