Asas Menjual Di Facebook

Pemasaran Melalui Facebook

Hari ini saya ingin berbicara mengenai asas pemasaran melalui Facebook

kerana masih ramai  tidak faham bagaimana proses menjual produk  di Facebook.

Jadi kepada anda yang masih baru , anda boleh ikut empat langkah berikut untuk menjual melalui Facebook anda.

1) Pilih produk yang sesuai

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah pilih produk yang sesuai untuk di jual melalui Facebook anda.

Sinar Mall


2) Copy dan upload gambar

Sekarang saya hanya perlu klik kepada kategori produk yang saya hendak jual.

Kemudian saya hanya perlu copy gambar produk yang saya ingin promosikan dan di dalam konteks ini, saya ingin menjual Mermaid Shawl.

Kemudian saya akan upload gambar ke Facebook untuk melakukan promosi produk.

Pada setiap gambar produk, saya telah letakkan deskripsi produk seperti no kod, warna, material dan harga.

c. Klik create album untuk add gambar-gambar produk yang hendak di promosikan.

Menjual di Facebook

d. Letakkan deskripsi produk dan cara mereka ingin membuat tempahan.

Deskripsi Produk

Tidak lupa juga URL untuk mereka melakukan tempahan secara online dan no telefon bagi mereka yang ingin buat tempahan secara manual.

Jika anda lihat, saya meletakkan harga yang lebih murah (RM75) berbanding harga yang di paparkan di Sinar Mall (RM79) kerana harga yang terpapar hanyalah harga cadangan. Saya berhak menentukan berapakah harga jualan asalkan saya masih mendapat keuntungan. Ini kerana harga Mermaid shawl untuk ahli Sinar Niaga ialah RM65 sahaja!

*Anda juga boleh upload di fan page ataupun group yang anda miliki. Terpulang kepada kreativiti masing-masing.

3) Tag individu yang berminat

Selepas itu saya hanya perlu tag mereka yang berminat dengan produk yang telah saya pilih. Ini merupakan proses yang paling kritikal kerana saya perlu view profile kawan satu per satu untuk menganalisa sama ada mereka berminat ataupun tidak dengan produk yang hendak saya promosi.

Facebook Tagging

Saya tidak menggalakkan anda tag secara rambang tetapi anda hanya perlu tag mereka yang anda benar-benar yakin berminat dengan produk anda. Mungkin jumlah tag anda sedikit tetapi berkualiti berbanding tag ramai tetapi tidak berkualiti.

4) Melayan bakal pelanggan anda!

Setelah beberapa ketika, anda akan melihat akan ada yang akan mula bertanya kepada anda mengenai produk dan mungkin akan ada yang berminat untuk membeli produk tersebut dengan anda.

Permintaan pelanggan

*Screen shot ini dicipta untuk tujuan pembelajaran. 

Cadangan saya anda boleh inbox mereka personally untuk berdiskusi mengenai harga kerana sebagai ahli dropshipper, anda boleh tawar menawar harga dengan pelanggan.

Jika anda melakukan proses ‘dealing’ secara terbuka akan membuka peluang kepada ramai pihak untuk mengambil kesempatan dan megetahui kelemahan kita.

Pastikan anda memberikan servis yang terbaik untuk bakal pelanggan anda kerana saya percaya sekali mereka berpuas hati, maka mereka akan ‘repeat’ tempahan dengan anda.

Itu sahaja! Setelah mempunyai tempahan maka anda boleh memproses tempahan seperti biasa.
Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template