Cara Guna Facebook Pages Untuk Jual Produk

Assalamualaikum

Artikel ini disumbangkan oleh Adly & Zhafran, dari Flarebiz Network Sdn. Bhd
Kredit kepada: http://blog.sinarniaga.com/

Salah satu cara berkesan untuk mempromosikan perniagaan atau produk di laman web Facebook adalah dengan mewujudkan sebuah PAGE.

Mengapa PAGE?

Beza paling besar antara page dengan profile peribadi adalah TARGET. Mereka yang menyertai PAGE adalah lebih berminat untuk mengetahui mengenai produk atau informasi tertentu berbanding mereka yang berada di dalam profile peribadi kita.

Contohnya jika kita menjual produk-produk kesihatan yang berbeza targetnya,

adalah baik kita mewujudkan page untuk satu produk sahaja.

Contoh:

http://facebook.com/TempahanWebsitePerniagaanJualan

http://facebook.com/ProdukBabyGeniusBabyKhalifahLearningSerie

http://facebook.com/gedungmuslimah

http://facebook.com/pages/Kedai-Serbaneka-Shopping-Mall-Terbesar-Di-Malaysia/241908445860428

 *Contoh di atas adalah contoh real

Dengan cara tersebut, barulah usaha kita lebih menumpu (targeted) terus kepada mereka yang sesuai dengan produk yang dipromosikan, di mana promosi kita peratusannya lebih besar untuk mendapat sambutan dan respons.

 Mengapa Tidak Pada Profile Peribadi?

 Persoalan di atas telah terjawab sebenarnya iaitu pada profile peribadi kita, "friends" adalah bercampur-campur kategorinya dari segi peringkat umur, pekerjaan, ragam, keperluan dan minat. Jadi kita perlu wujudkan satu page untuk setiap kategori-kategori tertentu.

 Contoh Sebenar

http://www.facebook.com/clothdiapermurah

Sila ke page tersebut dan lihat bagaimana beliau memaksimakan penggunaan setiap fungsi yang ada pada PAGE tersebut

Berikut adalah beberapa bahagian dalam page:

Profile Perniagaan

Contoh komunikasi pada Wall

:

Ahli-ahli (fans) Page

Contoh Notes

Semoga dengan contoh di atas, kita semakin nampak fungsi sebuah PAGE untuk promosi sebuah produk atau perniagaan.

Pihak Facebook sebenarnya memang 100% menyediakan fungsi Page untuk kita melakukan promosi di Facebook selain cara-cara lain..

 

Langkah Tindakan?


Pemasaran Facebook Page

Seperti sedia maklum bahawa Facebook adalah platform sosial yang paling popular di dunia dan sudah tentu platform ini juga menyediakan ruangan khusus untuk kita sebagai usahawan menjalinkan hubungan dengan prospek. Salah satu features yang boleh dimanafaatkan oleh para usahawan ialah Facebook Page.

Facebook Page boleh menjadi satu bahan promosi yang berkesan kepada produk-produk Sinar Niaga yang anda ingin jual. Dengan Facebook Page untuk bisnes, anda boleh berinteraksi dengan fans anda dan pada masa yang sama membina pengikut terhadap produk yang anda ingin promosikan.

Hari ini saya akan berkongsi kepada anda yang masih baru dalam dunia pemasaran internet cara untuk membuka Facebook Page dan strategi yang digunakan untuk menjual produk anda di Facebook Page.

1) Cipta Facebook Page Untuk Bisnes

Perkara pertama untuk anda mencipta Facebook Page ialah dengan mempunyai akaun Facebook terlebih dahulu. Kemudian anda boleh layari www.Facebook.com/pages untuk mencipta Facebook Page bisnes anda.

Anda akan melihat satu page seperti ini:

Facebook Fan Page

Sekarang timbul persoalan apakah kategori yang hendak anda pilih. Baiklah, kebiasaanya untuk ahli Sinar Niaga, kami menggalakkan untuk anda memilih ‘Brand or Product’ yang mana lebih fleksible . Selepas itu anda akan diberi pilihan kategori yang sesuai dengan produk yang hendak anda pasarkan.

Pilih yang paling tepat, masukan nama Fan Page anda, tick kotak ‘I agree to Facebook Page Terms’ dan klik Get Started. Sekarang Facebook Page untuk bisnes anda telah siap. Untuk tujuan pembelajaran, saya telah setup satu Facebook Page yang bertajuk ‘Jubah Moden Terbaik Dari Ladang’.

2) Setting Facebook Page Anda

Sekarang anda akan di bawa ke page lain yang mana memerlukan untuk anda mengisi basic info Facebook Page bisnes anda. Semuanya hanya dalam 3 langkah. Page seperti di bawah akan terpapar:

3 Langkah Setting Facebook Page

Langkah 1: Anda perlu upload sebarang gambar profile bagi Facebook Page anda. Kami cadangkan agar anda boleh upload sahaja salah satu gambar produk anda yang anda ingin pasarkan. Ya, kami telah sediakan gambar yang berkualiti tinggi.

Step 2 Facebook Page

Langkah 2: Anda boleh invite friends Facebook biasa yang telah anda miliki. Ini sebagai langkah promosi awal untuk war-warkan kewujudan Facebook Page Bisnes anda.

Facebook Page Step 3

Langkah 3: Di sini anda perlukan isi basic info seperti website dan juga about..

About pula adalah penerangan ringkas mengenai Facebook Page anda.

Facebook Page Sudah Siap

Setelah selesai kesemua tiga langkah di atas, anda akan di bawa ke satu page ‘Get Started’ yang mana ada lima lagi langkah yang anda boleh lengkapkan. Namun tiada paksaan untuk anda lakukan kelima-lima langkah tersebut. Yeay, Facebook Fan Page saya sudah siap.

Cara Guna Fungsi Facebook Pages

Seterusnya kita perlu upload gambar ke Facebook untuk melakukan promosi produk.

Pada setiap gambar produk, saya telah letakkan deskripsi produk seperti no kod, warna, material dan harga.

Di wall Facebook Pages kita, di bahagian update status, Klik pada Photo dan Klik Create Album

Klik create album untuk add gambar-gambar produk yang hendak di promosikan.

Menjual di Facebook

 Letakkan deskripsi produk dan cara mereka ingin membuat tempahan.

Deskripsi Produk

Tidak lupa juga URL untuk mereka melakukan tempahan secara online dan no telefon bagi mereka yang ingin buat tempahan secara manual.


Tag individu yang berminat

Selepas itu saya hanya perlu tag mereka yang berminat dengan produk yang telah saya pilih. Ini merupakan proses yang paling kritikal kerana saya perlu view profile kawan satu per satu untuk menganalisa sama ada mereka berminat ataupun tidak dengan produk yang hendak saya promosi.

Facebook Tagging

Saya tidak menggalakkan anda tag secara rambang tetapi anda hanya perlu tag mereka yang anda benar-benar yakin berminat dengan produk anda. Mungkin jumlah tag anda sedikit tetapi berkualiti berbanding tag ramai tetapi tidak berkualiti.

Melayan bakal pelanggan anda!

Setelah beberapa ketika, anda akan melihat akan ada yang akan mula bertanya kepada anda mengenai produk dan mungkin akan ada yang berminat untuk membeli produk tersebut dengan anda.

Permintaan pelanggan

*Screen shot ini dicipta untuk tujuan pembelajaran. 

Cadangan saya anda boleh inbox mereka personally untuk berdiskusi mengenai harga

Jika anda melakukan proses ‘dealing’ secara terbuka akan membuka peluang kepada ramai pihak untuk mengambil kesempatan dan megetahui kelemahan kita.

Pastikan anda memberikan servis yang terbaik untuk bakal pelanggan anda kerana saya percaya sekali mereka berpuas hati, maka mereka akan ‘repeat’ tempahan dengan anda.

3) Menguruskan Facebook Page Bisnes

Tahniah, kini anda telah berjaya mencipta Facebook Page anda sendiri untuk mempromosikan produk-produk Sinar Niaga. Sekarang apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan Facebook Page Bisnes ini agar dapat memberikan pulangan kepada anda.

Untuk menguruskan Facebook Page ini, anda pelukan strategi dan hari ini saya akan berkongsi dengan anda strategi-strategi tersebut.

Strategi #1 – Berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan industri.

Berkongsi Sesuatu Yang Berkaitan Industri

*Screen shot di atas adalah perkongsian di Facebook Page saya yang tidak menjual produk.

Anda perlu memikirkan cara agar fans anda akan sentiasa membuka page anda untuk melihat perkembangan yang terbaru. Tidak lain tidak bukan ialah dengan memperkasakan ‘content’  yang ada di Facebook Page anda. Anda perlu sentiasa berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan produk yang anda ingin promosikan.

Contohnya sekarang saya mencipta Facebook Page Jubah Moden Yang Terbaik Dari Ladang. Sekarang saya tahu bahawa fans page tersebut adalah mereka yang berminat dengan jubah moden dan Islamik fashion. Oleh itu, apa yang perlu saya lakukan ialan sentiasa update status berkaitan Islamik fashion dalam bentuk ayat, gambar, audio, link dan sebagainya.

Facebook Page yang baru sahaja hendak berkembang perlu titik beratkan kepada perkongsian dan sekali sekala sahaja barulah anda upload produk yang hendak di promosikan. Guna hukum 80/20 yang mana anda update 4 status berkaitan perkongsian, barulah update 1 status promosi. Untuk mengetahui cara promosi berkesan, baca pautan ini.

Strategi #2 – Bina hubungan dengan fans.

Relationship Dengan Fans

Anda juga perlu wujudkan ‘engagement’ terlebih dahulu dengan fans anda agar mereka rasa di hargai. Facebook Page Bisnes yang bagus adalah tidak biarkan hanya komunikasi satu hala sahaja. Anda perlu sentiasa menghargai fans baru dengan meraikan mereka dan pada masa yang sama sentiasa membalas segala pertanyaan mereka.

Kemudian jika pelanggan tersebut telah membeli produk anda, maka ucapkan terima kasih dan anda boleh minta testimonial ikhlas beliau mengenai produk Sinar Niaga. Jika mereka berpuas hati maka anda boleh kongsikan testimonial tersebut di Facebook Page anda dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kepercayaan fans lain untuk membeli produk dengan anda.

Dengan ‘engagement’ inilah anda dapat menukarkan fans anda kepada pelanggan yang setia kepada anda.

Strategi #3 – Fikirkan cara nak ramaikan fans.

Facebook Insight

Anda perlu sentiasa berfikir secara kreatif bagaimana untuk meramaikan fans anda kerana secara matematiknya, semakin ramai fans maka semakin tinggi potensi untuk anda mendapatkan pelanggan. Saya melihat ramai ahli-ahli Sinar Niaga yang sentiasa berjaya membuat jualan adalah mereka yang sentiasa kreatif dalam meningkatkan jumlah fans.

Ada yang menganjurkan pertandingan untuk like gambar, ada yang menawarkan cabutan bertuah untuk memenangi produk untuk fans dan banyak lagi. Semua ini akan menambah minat orang untuk ‘LIKE’ Facebook Page Bisnes anda dan pada masa yang sama mempraktikkan strategi yang #2 di atas.

Salah satu cara lain ialah anda keluarkan sedikit wang untuk menempah FB Ads bagi ‘LIKE’ Facebook Page anda ataupun tempah di Facebook Page orang lain agar mempromosikan Facebook Page Bisnes anda. Insyallah perkara ini saya akan kongsikan pada entri akan datang.

Strategi #4 – Sentiasa konsisten.

Ahli Sinar Niaga yang berjaya menjual jualan secara konsisten ialah mereka yang sentiasa konsisten dalam mempraktikkan ketiga-tiga strategi di atas. Jadi, tiada rahsia untuk berjaya dengan pemasaran Facebook Pages selain sentiasa konsisten dalam berkongsi, membina hubungan dan naikkan jumlah fans.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua ahli Sinar Niaga dan saya doakan agar anda dapat menjana pendapatan yang lumayan dengan kami.

Jumpa lagi!

Copyright © 2014 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template