Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Bahasa Melayu

RM65.00

Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.

Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Jadi, produk Set Bacalah Anakku ini mengikut Kaedah Fonetik

Pakej ini terdiri daripada Set Bacalah Anakku dan VCD Abu Ada Ayam

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad
ISBN: 983-867-239-4



Kandungan Set Bacalah Anakku:

8 Buah Buku,
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak,



1 VCD Panduan Mengajar dan
12 Keping Kad Imbas




Mengenai Produk

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.
Keistimewaan Produk

Sistem Fonetik
Suku kata mudah
Bermakna dan berulang
Dua warna
Berima
Kurang Gambar



VCD Phonic Bahasa Melayu

Kandungan Pakej: VCD lagu Abu Ada Ayam, 30 keping kad tunjuk & 1 buku mewarna

Penerbit: ReadNetwork

Tahun: Mei 2007

Mengenai Produk

Lagu Fonik Abu Ada Ayam dapat membantu guru dan ibu bapa memperkenalkan bunyi kepada pelajar melalui nyanyian dan aksi-aksi asosiasi yang menyeronokkan. Bunyi-bunyi yang diperkenalkan dalam lagu ini adalah mengikut susunan bunyi yang diperkenalkan dalam buku Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Keistimewaan Produk

  • Berasaskan Sistem Fonetik
  • Suku kata mudah
  • Bermakna dan berulang
  • Diiringi lagu Abu Ada Ayam (Rentak boria dan Nursery Rhyme)
  • Berima
  • Disertai Gambar

Add to Cart:

  • Shipping Weight: 1114gram
  • 64 Units in Stock


This product was added to our catalog on Thursday 21 June, 2012.

Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template