Set VCD Pengembaraan Sindbad

RM34.00





Koleksi Set VCD Animasi Pengembaraan Sindbad terdiri daripada  
VCD Animasi Pengembaraan Sindband Siri 1 dan  Siri 2

Kartun berunsur pendidikan dalam bahasa Arab dengan sarikata Bahasa Melayu. 

Sindbad seorang kanak-kanak yang tinggal di kota Baghdad suatu ketika dahulu, jujur dan berakhlak mulia.

Keberanian dan kesabarannya patut dicontohi oleh semua. Sindbad menempuh berbagai cabaran dalam pengembaraannya yang sangat menarik.


Dalam siri pertama ini Sindbad belayar bersama bapa saudaranya Nakhoda Umar.

Mereka telah mendarat di sebuah pulau kecil yang cantik tetapi sebenarnya adalah belakang seekor ikan paus yang sangat besar. Apakah yang berlaku? 


Sindbad juga dituduh pencuri apabila ingin memulangkan sebakul permata yang di bawa oleh burung tiungnya yang bijak berkata-kata bernama Yasminah.

Adakah Sindbad dihukum apabila ditangkap dan dibawa mengadap Raja? 


Ikuti kisah menarik sindbad dalam bentuk animasi yang menarik ini terutama untuk kanak-kanak dan pelajar.

Ikuti kisah pengembaraan Sindbad. Video Animasi ini turut diselitkan dengan ayat ayat al quran dan hadith sebagai pengajaran. Sangat bagus untuk mendidik anak-anak dengan akhlak yang mulia

Percuma Buku Cerita dengan setipa pembelian VCD sIRI 1. Buku cerita ini sesuai dibacakan oleh ibubapa untuk anak-anak selepas anak-anak menonton VCD Animasi yang sungguh menarik

VCD animasi Pengembaraan Sindband Siri 2 pula mengisahkan Sindbad berjaya menasihati Ali Baba seorang ahli kumpulan perompak supaya insaf dan berpaling tadah.

Adakah mereka berdua Berjaya melawan 40 perompak lain bersama ketuanya yang kejam? Apakah yang berlaku apabila harta rompakan perompak-perompak tersebut diambil oleh Sindbad  dan Ali Baba?


Ikuti kisah menarik Sindbad dalam bentuk animasi yang menarik ini terutama untuk kanak-kanak dan pelajar. VCD ini juga membantu pembelajaran bahasa Arab untuk semua peringkat usia.

Percuma Kad Doa dengan setiap pembelian VCD Siri 2

Add to Cart:

  • Shipping Weight: 267gram
  • 79 Units in Stock


This product was added to our catalog on Saturday 07 July, 2012.

Copyright © 2017 One Stop Nur Iman Enterprise. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template